MAYAT kru kapal JBB Rong Chang 8 ditemui dan dinaikkan ke Jeti Nelayan Parit Jawa, Muar. FOTO ihsan APMM
MAYAT kru kapal JBB Rong Chang 8 ditemui dan dinaikkan ke Jeti Nelayan Parit Jawa, Muar. FOTO ihsan APMM
Mohamad Fahd Rahmat


IDENTITI wanita yang juga mayat ketiga ditemui terkorban oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kapal korek pasir yang terbalik di perairan Parit Jawa Muar, Rabu lalu, disahkan sebagai sebagai warga China, Chen Xuffen namun usianya belum dikenal pasti.

Mangsa ditemui di satu daripada bilik tidur kapal korek JBB Rong Chang 8, pagi tadi.

Menurut kenyataan daripada Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), lima kru lain yang terselamat pula dikenali sebagai, Liang Puzeng, Jiang Chunlin, Liu Konggan, Liang Rongbin dan Wu Liangfu.

Kelima-lima mereka disahkan warganegara China namun usia mereka juga belum dikenal pasti.

Sehingga kini, lima kru kapal itu berjaya diselamatkan manakala empat mayat ditemui.

Mayat pertama dijumpai pada hari pertama tragedi dan mayat kedua dijumpai hanyut kira-kira 12 batu dari Tanjung Tohor malam tadi.

Hari ini, mayat ketiga ditemui dalam bilik tidur dan mayat keempat ditemui hanyut di Parit Haji Baki, kira-kira 9.7 kilometer dari Parit Jawa, pagi tadi.

Berita berkaitan

Mayat ketiga sah wanita

Dua kru kapal korek ditemui selamat [METROTV]

Operasi SAR kritikal

'Berharap ada sinar hari ini'

Tunda kapal korek ke permukaan cetek [METROTV]

Semoga Aca selamat [METROTV]

[UPDATE] 50 anggota cari kru hilang [METROTV]

1 lemas, 14 hilang

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Mac 2018 @ 4:40 PM