Boy Iman direman dua hari bermula hari ini. FOTO arkib NSTP
Boy Iman direman dua hari bermula hari ini. FOTO arkib NSTP
Murni Wan Omar


PENGARAH Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman atau Boy Iman direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah banglo.

Perintah dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Roslan Mohd Nor selepas dipohon polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Boy Iman, 38, tiba di mahkamah pada 11 pagi dalam keadaan bergari dengan diiringi anggota polis.

Lebih 210 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara.

Sebelum ini, pelakon dan ahli perniagaan itu pernah direman di Ampang, Shah Alam, Selangor, Muar, Johor, Sungai Petani dan Kubang Pasu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 January 2018 @ 3:03 PM