BOY Iman (dua kiri) bersama tiga rakan lain tiba di mahkamah diiringi anggota polis. FOTO Muhammad Sulaiman
BOY Iman (dua kiri) bersama tiga rakan lain tiba di mahkamah diiringi anggota polis. FOTO Muhammad Sulaiman
Fuad Hadinata Yaacob


PENGARAH Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau Boy Iman direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Perintah tahanan reman terhadap pelakon berusia 37 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam Nurhidayah Abd Mutalib

mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Difahamkan perintah reman itu dikeluarkan selepas polis menerima dua laporan daripada mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

Turut direman adalah tiga pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources termasuk seorang wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun.

Ketiga-tiganya direman dua hari mengikut seksyen sama.

Mereka tiba di mahkamah 10.15 pagi dengan tangan bergari dan diiringi anggota polis.

Siasatan dijalankan polis susulan penipuan jualan rumah yang didakwa dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources yang turut membabitkan mangsa di Negeri Sembilan, Johor dan terbaru di Selangor.

Boy Iman ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang Isnin lalu kerana disyaki terbabit dalam penipuan jualan rumah yang membabitkan kerugian keseluruhan sehingga RM6.2 juta.

Sehingga kini 203 laporan berhubung penipuan skim perumahan DBI Properties diterima polis daripada mangsa di seluruh negara.

Khamis lalu, Boy Iman direman dua hari bagi membantu siasatan kes sama yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Muar.

Berita berkaitan

Dibebaskan dengan jaminan polis

Siasat gelaran Datuk dipakai Boy Iman

Pegawai Juta Kelulut Global Resources pula direman

Boy Iman kena reman dua hari [METROTV]

'Habuk pun tiada...'

Tolong tangkap empat lagi penipu!

Boy Iman kena tahan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2017 @ 2:05 PM