Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SEORANG lagi suspek kes samun kedai emas ditembak mati Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Bukit Aman, di Jalan PJS 9, Bandar Sunway, Subang Jaya.

Sumber berkata, suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan dalam Perodua Myvi di lokasi kejadian.

Menurutnya, apabila suspek diarahkan untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan, lelaki berusia 33 tahun itu enggan memberikan kerjasama.

“Polis cuba mengejar suspek namun dia melepaskan tembakan menyebabkan anggota polis terpaksa membalas tembakan ke arah suspek,” katanya.

“Siasatan awal mendapati suspek yang memiliki rekod dikehendaki polis atas beberapa kesalahan termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun.

“Polis turut menemui satu pistol dan satu revolver di dalam kenderaan suspek,” katanya.

Katanya, suspek juga mempunyai enam rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan jenayah dan tiga kali dijatuhi hukuman buang daerah.

Berita berkaitan

Perompak kedai emas maut ditembak

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 January 2018 @ 9:04 AM