Raja Noraina Raja Rahim

Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan yang dituduh  mencederakan muridnya, Oktober lalu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Hazeelia Muhammad memberitahu pihaknya menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan.

Azizan yang memakai kemeja biru dilihat tiba di mahkamah pada 8.30 pagi.

Dianggarkan 300 orang terdiri daripada guru, ibu bapa, penduduk setempat, ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menghadiri perbicaraan itu.

Turut dilihat hadir Presiden NUTP Kamarozaman Abd Razikin dan Setiausaha Agungnya Henry Tan Huat Hock.

Cikgu Azizan bersama sebahagian yang hadir memberi sokongan kepadanya berdoa sebelum perbicaraan bermula. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Cikgu Azizan bersama sebahagian yang hadir memberi sokongan kepadanya berdoa sebelum perbicaraan bermula. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Mereka mula memenuhi perkarangan mahkamah seawal jam 8 pagi secara berperingkat.

Cikgu Azizan ditahan selepas dipercayai mendenda muridnya kerana kesalahan menghidu gam dan mempengaruhi rakan, buli, memukul murid serta ponteng sekolah sebelum dituduh di mahkamah pada 31 Oktober lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2017 @ 9:49 AM