Skuad Khas Harian Metro


Kuala Lumpur: Mereka datang ke negara ini untuk mengubah nasib diri dan keluarga yang miskin selepas dijanjikan pekerjaan bergaji lumayan oleh sindiket hingga sanggup bergolok-bergadai termasuk menjual tanah dan rumah bagi membayar kos RM15,000 hingga RM20,000 seorang.

Namun, sinar diharapkan selepas mengeluarkan perbelanjaan besar itu bertukar tragedi ngeri yang dikenang seumur hidup kerana menerima layanan umpama binatang dan hamba abdi oleh sindiket.

Kebanyakan migran warga Bangladesh yang diseludup melalui sindiket ini akan berhutang sepanjang masa dan bagi menuntut ‘hutang’ itu mereka akan dipukul, dibelasah dan ditumbuk oleh penjaga yang ditugaskan mengawasi migran ini sepanjang masa.

MASZELY  (kiri) bertanya sesuatu pada mangsa dera dalam serbuan di rumah sindiket. Gambar kecil, rantai besi dan tali pinggang yang digunakan sindiket untuk memukul mangsa.  FOTO Zulfadhli Zulkilfi
MASZELY (kiri) bertanya sesuatu pada mangsa dera dalam serbuan di rumah sindiket. Gambar kecil, rantai besi dan tali pinggang yang digunakan sindiket untuk memukul mangsa. FOTO Zulfadhli Zulkilfi

Ini pengalaman diceritakan seorang daripada 33 migran Bangladesh yang ditahan dalam Op Pintas KLIA koloborasi Skuad Khas Harian Metro bersama Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman diketuai Asisten Komisioner Maszely Minhad D7C yang dilancarkan lebih 24 jam Selasa lalu.

Mangsa mendakwa bukan saja dipukul sebaliknya dilibas dengan tali pinggang serta pengunci rantai motosikal. Malah aksi kejam itu dirakam menggunakan telefon bimbit oleh ahli sindiket belum dihantar kepada ahli keluarga mangsa di kampung bagi menuntut baki atau meningkatkan bayaran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Berita berkaitan

Empat Bangla kuasai KLIA [METROTV]

RM5.2 juta seludup hamba moden [METROTV]

24 jam tunggu 'sotong' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Disember 2017 @ 3:44 AM