Petugas perubatan mengangkat mayat mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Mersing-Jemaluang, semalam. FOTO ihsan pembaca
Petugas perubatan mengangkat mayat mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Mersing-Jemaluang, semalam. FOTO ihsan pembaca
Mohd Sah Muda


SEORANG posmen maut apabila motosikal ditungganginya terbabas lalu terjatuh ke dalam parit di Kilometer 3, Jalan Mersing-Jemaluang berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anjung Batu, Mersing, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, Muhammad Khairuddin Jefre Azhar, 27, dikatakan dalam perjalanan menghantar surat di sekitar Jemaluang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit yang dipenuhi air.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Tenglu Laut, Mersing meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 12:13 PM