ZURAIDAN Abd Rahman iaitu isteri Allahyarham Dr Wan Aminuddin Wan Ab Hamid di sisi keranda arwah suaminya yang meninggal dunia selepas perarakkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 2017 di Stadium Malawati. FOTO Faiz Anuar

JEMAAH mengusung keluar jenazah Allahyarham Dr Wan Aminuddin Wan Ab Hamid dari Jabatan Forensik Shah Alam yang meninggal dunia selepas perarakkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 2017 di Stadium Malawati. FOTO Faiz Anuar

Faliq Lajim

LELAKI warga emas yang juga peserta sambutan Maulidur Rasul Peringkat Selangor meninggal dunia akibat sesak nafas sebaik selesai perarakan di Stadium Malawati, Shah Alam.

Allahyarham Dr Wan Aminuddin Wan Ab Hamid, 63, rebah selepas menamatkan perarakan kira-kira 1.8 kilometer dari Stadium Mini Shah Alam, pada 9.20 pagi.

Bekas pensyarah Univeristi Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga Setiausaha Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) itu disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam oleh pegawai perubatan, pada kira-kira 10 pagi.

Isteri Allahyarham, Zuraida Abd Rahman, 63, berkata dia sekeluarga terkejut dengan pemergian arwah.

ZURAIDAN Abd Rahman iaitu isteri Allahyarham Dr Wan Aminuddin Wan Ab Hamid di sisi keranda arwah suaminya yang meninggal dunia selepas perarakkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 2017 di Stadium Malawati. FOTO Faiz Anuar
ZURAIDAN Abd Rahman iaitu isteri Allahyarham Dr Wan Aminuddin Wan Ab Hamid di sisi keranda arwah suaminya yang meninggal dunia selepas perarakkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 2017 di Stadium Malawati. FOTO Faiz Anuar

Bagaimanapun, katanya, reda kerana dijemput Ilahi pada hari mulia yang penuh keberkatan itu.

“Memang tiada sebarang tanda atau perubahan. Keadaan arwah hanya seperti biasa sehinggalah kali terakhir berjumpa selepas keluar ke stadium itu, pada 4.30 pagi.

“Sepanjang pengetahuan saya, arwah hanya menghidap darah tinggi,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam.

Ketua Kontinjen PPKM Mohd Yunos Abd Rahman turut berada di hospital berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kassim, berkata pihaknya menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Veteran dan pesara kerjaan yang amat komited serta sentiasa bersemangat dalam perarakan Maulidur Rasul setiap tahun. Namun, Allah lebih menyayanginya beliau,” katanya.

Allahyarham meninggalkan dua anak dan dua cucu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah, Hulu Kelang, pada sebelah petang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2017 @ 2:59 PM