KERJA pengembumian semula tulang enam pemimpin Melayu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alur Belanga, Hulu Besut. FOTO Muhamad Ishak
KERJA pengembumian semula tulang enam pemimpin Melayu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alur Belanga, Hulu Besut. FOTO Muhamad Ishak
Mohamad Ishak


SERPIHAN tulang enam pemimpin Melayu Besut yang digali di Kelantan, selamat dikebumikan semula Alor Keladi, Hulu Besut, dekat Jertih, hari ini.

Tulang semua pemimpin terbabit yang dibawa dalam bekas khas, diiringi anggota polis dan tiba di Masjid Kampung Alur Keladi, kira-kira 1 tengah hari.

Kemudian dimandi, dikafan semula dan disolatkan oleh kira-kira 100 jemaah sebelum dibawa ke tanah Tanah Perkuburan Islam Kampung Alur Belanga.

Enam pemimpin Melayu Besut itu meninggal dunia ketika zaman pendudukan Jepun dan kubur asal mereka terletak di kolej di Kem Kijang, Jalan PCB Kota Bharu.

Berita berkaitan

TKubur enam pemimpin digali

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2017 @ 5:02 PM