Anggota polis membawa Doan dan Siti Aisyah (kanan) ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. FOTO Syarafiq Abd Samad
Anggota polis membawa Doan dan Siti Aisyah (kanan) ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. FOTO Syarafiq Abd Samad
Sarah Zulkifli


KEMATIAN warga Korea, Kim Chol yang didakwa sebagai abang pemimpin Korea Utara dikenali Kim Jong-nam

disahkan akibat keracunan akut akibat agen saraf VX.

Saksi keenam pendakwaan, Ketua Bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmud, 57, berkata, hasil bedah siasat dijalankan terhadap mayat mangsa pada 15 Februari lalu mendapati, tidak ada faktor lain yang boleh menyebabkan kematian, selain daripada keracunan akut ejen saraf VX.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pemeriksaan utama dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, dalam perbicaraan kes bunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, masuk hari kedua, di Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini.

Menurut Dr Mohd Shah, secara umumnya, bedah siasat dijalankan itu mendapati konjensi organ dalaman yang tersekat dan paru-paru bengkak.

"Berat paru-paru mangsa adalah 690 gram (g) manakala paru-paru kini adalah 420g berbanding berat paru-paru untuk orang dewasa adalah seberat 300g.

"Selain itu, paru-paru mangsa juga didapati mengalami lebihan cecair dalam tisu dan organ serta konjensi," katanya.

Warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, yang didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2), pada jam 9 pagi, 13 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung esok.

Berita berkaitan :

Pembunuhan Jong Nam

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 10:38 PM