Mohd Husni Mohd Noor


MAHKAMAH Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 48 tahun dan sebatan 24 kepada ejen unit amanah selepas mengaku bersalah merogol, meliwat dan penganiayaan seksual terhadap anak perempuannya.

Hakim Yong Zarida Sazali menetapkan hukuman itu selepas mendengar hujah daripada pihak pendakwaan.

Yong Zarida turut memerintahkan tertuduh menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan, menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun dan mengikuti pengawasan polis selama tiga tahun selepas keluar dari penjara.

Kes ini mendapat perhatian awam apabila tertuduh didakwa atas 623 kesalahan termasuk satu kes rogol, 591 kesalahan liwat dan 30 tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak dan satu kes penganiayaan seksual.

Lebih mengejutkan, tertuduh turut didakwa meliwat anaknya itu sepanjang Ramadan lalu termasuk pada 1 Syawal.

Prosiding keputusan kes berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim.

Dalam pada itu, Rohani ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata, beliau mahu masyarakat mengambil iktibar daripada kes berkenaan malaha, masyarakat juga diminta memainkan peranan untuk membuat laporan jika mendapat maklumat mengenai kes sedemikian pada masa depan.

Berita berkaitan:

Kejinya perbuatan kamu [METROTV]

Bapa jenis apa ni...[METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 12:24 PM
TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
TERTUDUH dibawa ke Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor