AZLINA (kiri) bersama Noorazlinda (tengah) dan Zuraini menunjukan pingat emas selepas berjaya mengalahkan trio Filipina.
AZLINA (kiri) bersama Noorazlinda (tengah) dan Zuraini menunjukan pingat emas selepas berjaya mengalahkan trio Filipina.
Jumiati Rosly


MALAYSIA menyapu bersih dua pingat emas yang dipertandingkan di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara, hari ini, apabila trio wanita, Azlina Arshad, Noorazlinda Zakaria dan Zuraini Khalid menghadiahkan emas kedua negara apabila menewaskan Filipina 19-11 dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Filipina yang diwakili Vilma Greenlees, Rosita Bradborn dan Hazel Jagonoy bermula garang dalam perlawanan penentuan emas apabila mendahului dan meninggalkan jauh trio negara sehinggalah pada ends keenam dengan menjarakkan kedudukan 2-9.

Pada ends kesembilan, trio negara mula mengikat kedudukan 9-9 sebelum mengakhiri permainan pada ends ke-17 apabila menewaskan lawan 19-11.

Kejayaan trio wanita ini adalah emas kedua negara selepas trio lelaki terlebih dahulu memenangi emas dalam acra triple lelaki di sebelah pagi.

Perlawanan penentuan gangsa pula menyaksikan Brunei menewaskan Thailand 15-11.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Ogos 2017 @ 8:26 PM