SAFUAN (empat dari kiri) memerhatikan balingan bola  pemain Filipina  pada perlawanan akhir acara Men Fours Lawn Bowl  Sukan SEA KL2017 di Kompleks Lawn Bowls Malaysia, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. FOTO /SYARAFIQ ABD SAMAD
SAFUAN (empat dari kiri) memerhatikan balingan bola pemain Filipina pada perlawanan akhir acara Men Fours Lawn Bowl Sukan SEA KL2017 di Kompleks Lawn Bowls Malaysia, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. FOTO /SYARAFIQ ABD SAMAD
Jumiati Rosly


KUARTET boling padang lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak acara fours selepas tunduk 14-16 kepada Filipina dalam perlawanan penentuan pingat emas di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara.

Malaysia yang meletakkan pemain berpengalaman Safuan Said sebagai skipper bermula baik dengan mendahului hinggalah end ke-10 apabila Filipina mengikat kedudukan 9-9. Pasukan negara turut diwakili Daeng Dhadyry Dahasry, Izzat Shameer Dzulkeple dan Zulhilmie Redzuan.

Sementara lawan dari Filipina yang memenangi emas diwakili Ronald Lising, Leoncio Carreon Jr, Emmanuel Portacio dan Curte Robert Guarin.

Selepas end ke-10 itu, Filipina mula menambah mata demi mata hinggalah end ke-17 mereka mendahului 16-11.

Pada end terakhir, pemain negara cuba untuk memperoleh lima mata penuh tetapi hanya dapat menambah tiga lagi mata dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan akhir 14-16.

Perlawanan penentuan gangsa pula menyaksikan Thailand mengatasi Brunei 17-14.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 1:06 PM