FARAH Ann  beraksi dalam kategori senaman lantai wanita dalam acara gimnastik artistik Sukan SEA KL2017 di MITEC. -Foto MUHAIZAN YAHYA
FARAH Ann beraksi dalam kategori senaman lantai wanita dalam acara gimnastik artistik Sukan SEA KL2017 di MITEC. -Foto MUHAIZAN YAHYA
Syafiq Aznan


GIMNAS negara Farah Ann Abdul Hadi berjaya mempertahankan pingat emas acara senaman lantai pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, hari ini.

AKSI Farah Ann yang berjaya pertahankan emas. -Foto MUHAIZAN YAHYA
AKSI Farah Ann yang berjaya pertahankan emas. -Foto MUHAIZAN YAHYA

Farah mengutip 13.450 mata untuk meninggalkan atlet Filipina Kaitlin Cera Lianne yang melakukan catatan 13.025 mata bagi meraih perak.

Ini adalah pingat emas kedua yang disumbangkan oleh atlet berusia 23 tahun itu selepas turut merangkul emas dalam acara gimnastik artistik berpasukan.

FARAH Ann kutip 13.450 mata untuk rangkul emas. -Foto MUHAIZAN YAHYA
FARAH Ann kutip 13.450 mata untuk rangkul emas. -Foto MUHAIZAN YAHYA

Atlet Indonesia Rifda Irfanaluthfi meraih gangsa selepas mengumpul catatan 13.000 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 2:31 PM