DR Abdulrahman menunjukkan paku dan logam lain, termasuk pemetik api yang dikeluarkan dari perut seorang pesakit. - Agensi
DR Abdulrahman menunjukkan paku dan logam lain, termasuk pemetik api yang dikeluarkan dari perut seorang pesakit. - Agensi
Agensi

Kaherah: Doktor di sebuah hospital di sini berjaya mengeluarkan puluhan objek logam dari perut seorang lelaki tempatan.

Akhbar Al-Bayan melaporkan, petugas perubatan di Hospital Qasr Al Aini sebelum itu melakukan imbasan X-ray pada pesakit berkenaan dan mengesan 39 paku panjang, satu pemetik api dan satu penyepit kuku.

Pakar bedah hospital berkenaan, Dr Abdulrahman Mustapha memuat naik gambar barangan yang dikeluarkan dari perut pesakit berkenaan ke dalam laman Facebooknya.

Bagaimanapun, nama pesakit dan usianya tidak didedahkan.

Sebahagian rakannya menyuarakan rasa terkejut apabila melihat gambar berkenaan dengan ramai berkata, pesakit itu mungkin menghadapi masalah psikologi.

Ada yang menulis pesakit itu mungkin mempunyai kuasa luar biasa sehingga membolehkan dia menelan barangan keras seperti itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2017 @ 6:08 AM