FOTO dipetik daripada akaun Facebook S Hafiza Basharahil
FOTO dipetik daripada akaun Facebook S Hafiza Basharahil
Sudirman Mohd Tahir


"SAYA harap hormati privasi kami sekeluarga ketika ini," itu jawapan ringkas S Hafiza Basharahil iaitu ibu kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.

Hafiza ketika dihubungi, berkata dia dan keluarga belum bersedia memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubungan kejadian berkaitan Aliff dan Bella Astillah, 23.

“Tiada sebarang komen daripada saya dan keluarga. Cuma kami mohon doakan yang terbaik," katanya.

KERATAN laporan kejadian.
KERATAN laporan kejadian.

Ditanya sama ada Aliff ada menghubunginya selepas dibebaskan, Hafiza tidak mempunyai jawapan kepada persoalan itu.

KERATAN laporan kejadian.
KERATAN laporan kejadian.

Aliff ditahan bagi membantu siasatan selepas dia didakwa bertindak mengasari isterinya, Bella di pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, pada 4.30 petang, Khamis lalu.

Berita berkaitan

Aliff dibebaskan dengan jaminan polis [METROTV]

Sudah banyak kali 'kantoi'

Pukul isteri di bilik karaoke

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2017 @ 9:07 PM