FAIL HM Digital
FAIL HM Digital


TIGA belas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dibenar menyambung kembali pelajaran adalah mereka yang dibebaskan dengan bon mahkamah dan tidak dikenakan sebarang pertuduhan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata terdapat kekeliruan mengenai perkara itu dalam kalangan masyarakat kerana terdapat dua kumpulan penuntut yang dimaksudkannya sebelum ini.

“Penuntut inilah yang saya maksudkan dibenarkan untuk sambung belajar seperti biasa sepertimana keputusan yang dibuat oleh UPNM.

“Penuntut itu juga akan diberikan kaunseling dan sokongan psikososial oleh UPNM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, satu kumpulan 13 penuntut lagi adalah yang dikenakan tuduhan bawah kanun keseksaan dan mereka dibenarkan oleh mahkamah untuk diikat jamin sementara menanti perbicaraan.

“Penuntut ini digantung daripada pengajian mereka dan pihak UPNM sedang memproses penggantungan ini mengikut prosedur yang ditetapkan,” kata Idris.

Jelasnya pihak kementerian memandang serius isu berkenaan dan akan sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Berita berkaitan

5 penuntut UPNM didakwa bunuh

32 penuntut lanjut reman, 4 dibebas

Tiada siapa akan dilindungi

Cari bomoh yang petik nama arwah

Kejam, hilang sudah perikemanusiaan [METROTV]

Damailah di sana Zulfarhan

Baju raya Allahyarham dah siap

[UPDATE] 36 penuntut direman

Penuntut UPNM mati didera

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Jun 2017 @ 10:23 PM