Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim dan Syazwan Msar


Ampang: “Saya harap dilayan sebagai pejuang dakwah bukannya sebagai pesakit. Itu yang meningkatkan semangat saya,” kata penceramah bebas popular Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43, yang disahkan menghidap kanser limfoma sejak 31 Januari lalu.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Hanafi sudah pun menjalani rawatan kimoterapi sebanyak tujuh kali di Hospital Ampang Putri mengakui ada ketikanya berasa lemah namun terpaksa melawan kesakitan sebab tugasnya sebagai pendakwah masih banyak belum diselesaikan.

Menurutnya, berkat doa orang ramai yang menyokong perjuangannya dalam berdakwah menyebabkan semangatnya meningkat dan tubuhnya dirasakan semakin kuat.

“Jadual dakwah memang padat. Saya tak ada masa nak fikir sakit. Dalam sehari paling banyak ada empat jemputan ceramah untuk dipenuhi atau sekurang-kurangnya dua program.

“Inilah pekerjaan yang sangat saya cintai sejak lebih 20 tahun lalu. Berdakwah menjadikan saya semakin kuat. Selain itu, memang ada amalan saya lakukan ketika menghadapi kanser ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Jun 2017 @ 6:49 AM
USTAZ Hanafi disahkan menghidap kanser sejak Januari lalu. FOTO Aswadi Alias
USTAZ Hanafi disahkan menghidap kanser sejak Januari lalu. FOTO Aswadi Alias