AZREL Ismail. FOTO Mahzir Mat Isa
AZREL Ismail. FOTO Mahzir Mat Isa
Nor Akmar Samudin


Penggambaran drama Yes Sir Nak Pergi Mana terbitan JNI Creative Sdn Bhd tertangguh apabila dikatakan sering bertukar jadual penggambaran hingga menyukarkan semua yang terbabit dalam penggambaran drama itu.

Pelakon dan kru pula menuntut bayaran serta pelbagai rentetan lain.

Kemuncaknya apabila dua pelakon utama drama itu, Azrel Ismail dan Risteena Munim berdepan tuntutan saman RM1.5 juta selepas didakwa melanggar kontrak.

Azrel yang selama ini sentiasa menjaga disiplin dan masa memaklumkan kepada wartawan RAP, Nor Akmar Samudin dia tidak terkesan langsung dengan situasi itu dan menyerahkan kes saman itu kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk menyelesaikannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 3:32 AM