Pekerja pembersihan Suhaimi Yusof, 50, melakukan kerja-kerja pembersihan masjid sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan ketika tinjauan di Masjid Tengku Tengah Zaharah. FOTO Bernama

Petugas tapak bazar, Mohamad Irwan Jamal Din, 28, (kiri) dan Muhamad Shafrizan Shafirin, 26, giat melakukan persiapan di Tapak Bazar Ramadan Stadium Perak. 
Setiap kali tiba Ramadan, Bazar Ramadan Stadium Perak sentiasa menjadi tumpuan para pengunjung untuk membeli juadah berbuka. 

Pada tahun ini, sebanyak 270 gerai dibuka dengan pelbagai menu juadah berbuka puasa yang merupakan bazar Ramadan terbesar di Perak. FOTO Bernama

Pekerja am melakukan kerja-kerja pembersihan di tempat mengambil air sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan di Masjid Sri Sendayan, Seremban. FOTO Bernama

Penolong Ketua Imam Masjid  Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur, Ustaz Ahmad Nizzam Rasali meninjau persiapan bekalan masakan untuk juadah berbuka puasa ketika tinjauan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad

Pekerja Bubur Lambuk Hj Razali, Enton Ngatmin, 52, membersihkan periuk yang akan digunakan untuk memasak bubur lambuk dan dijual kepada orang ramai dengan harga RM3 sempena Ramadan ketika tinjauan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. FOTO Aizuddin Saad

Orang ramai sibuk membeli barangan keperluan bagi menyambut kedatangan Ramadan ketika tinjauan di Pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu. FOTO Ghazali Kori

Peniaga mula melakukan persiapan sebelum memulakan operasi perniagaan sempena bulan Ramadan ketika tinjauan di Bazar Ramadan Tenggiri, Seberang Jaya. FOTO Danial Saad

Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Quwwah membersihkan Masjid Iktikaf Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Quwwah di Pasir Tumboh sempana menyambut Ramadan. Masjid ini memiliki keunikan tersendiri apabila dibina 100 peratus menggunakan kayu hutan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

FOTO NSTP dan Bernama

Umat Islam di Malaysia sibuk melakukan pelbagai persiapan bagi menyambut bulan Ramadan, tahun ini.

Menurut kalendar Islam 2023 yang dikeluarkan oleh JAKIM, umat Islam di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 23 Mac ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mac 2023 @ 7:17 PM