Kepelbagaian warna dan corak batik yang terbentuk secara semulajadi selepas dikukus selama dua jam menggunakan teknik batik 'Ecoprint.'  FOTO Bernama
Kepelbagaian warna dan corak batik yang terbentuk secara semulajadi selepas dikukus selama dua jam menggunakan teknik batik 'Ecoprint.' FOTO Bernama
Penghasilan warna serta corak batik yang terbentuk secara semulajadi selepas dikukus selama dua jam dalam teknik batik 'Ecoprint.' FOTO Bernama
Penghasilan warna serta corak batik yang terbentuk secara semulajadi selepas dikukus selama dua jam dalam teknik batik 'Ecoprint.' FOTO Bernama
Khairizal (kiri) dibantu isterinya Tuan Najdah Tuan Muhammad Adnan, 32, menyusun dan menampal sebahagian daun-daun herba seperti daun jarak, daun lemuni dan daun ceri di atas kain sebelum digulung dan diikat dengan kemas untuk dikukus selama dua jam bagi mendapatkan warna serta corak batik yang terbentuk secara semulajadi.  FOTO Bernama

Sebahagian pewarna batik daripada batang serta kulit kayu yang direbus untuk mengambil warna sebagai pengganti warna seperti serbuk pewarna batik yang digunakan dalam teknik batik 'Ecoprint.' FOTO Bernama

Sebahagian daun-daun herba seperti daun jarak, daun lemuni dan daun ceri yang telah digulung dan diikat dengan kemas bersama kain akan dikukus selama dua jam bagi mendapatkan warna serta corak batik yang terbentuk secara semulajadi. FOTO Bernama

Sebahagian daun-daun herba seperti daun jarak, daun lemuni dan daun ceri direndam sebelum melakukan proses menampal pada kain sebelum digulung dan diikat dengan kemas untuk dikukus selama dua jam bagi mendapatkan warna serta corak batik yang terbentuk secara semulajadi di atas kain batik. FOTO Bernama

Khairizal mengeringkan sebahagian daun-daun herba seperti daun jarak, daun lemuni dan daun ceri yang direndam sebelum melakukan proses menampal daun di atas kain yang akan digulung dan diikat dengan kemas untuk dikukus selama dua jam bagi mendapatkan warna serta corak batik yang terbentuk secara semulajadi.  FOTO Bernama

Khairizal menyusun dan menampal sebahagian daun-daun herba seperti daun jarak, daun lemuni dan daun ceri di atas kain sebelum digulung dan diikat dengan kemas untuk dikukus selama dua jam bagi mendapatkan warna serta corak batik yang terbentuk secara semulajadi.  FOTO Bernama

Penghasilan warna serta corak batik yang terbentuk secara semulajadi selepas dikukus selama dua jam.  FOTO Bernama
Penghasilan warna serta corak batik yang terbentuk secara semulajadi selepas dikukus selama dua jam. FOTO Bernama
Khairizal meneliti hasil seni kraf batik yang menggunakan teknik 'Ecoprint.' FOTO Bernama
Khairizal meneliti hasil seni kraf batik yang menggunakan teknik 'Ecoprint.' FOTO Bernama
BERNAMA

Pendang: Pembuatan seni kraf batik kebiasaannya lebih popular di negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan namun, seorang penguasaha batik di sini menghasilkan kraf itu luar daripada kebiasaan dengan teknik baharu iaitu 'ecoprint'.

Khairizal Ishak, 33, dari Kampung Padang Durian di sini yang berpengalaman dalam bidang pembuatan batik sejak 2012 berkata, teknik itu menggunakan tumbuhan semula jadi seperti daun, kulit kayu dan akar pokok yang corak dan warnanya lebih mesra alam tanpa menggunakan bahan kimia.

"Dua tahun kebelakangan ini saya buat penyelidikan guna tumbuhan semula jadi dipanggil teknik ecoprint...teknik ini tidak ramai orang buat kerana prosesnya rumit yang memerlukan masa antara sembilan ke 14 hari untuk menghasilkan lima pasang batik, namun ia ada peminatnya tersendiri," katanya kepada Bernama di bengkel pembuatan batiknya di kampung itu baru-baru ini.

Khairizal berkata warna serta corak batik terhasil secara semula jadi daripada dedaun pilihan seperti daun jarak, daun lemuni, daun ceri dan daun ketapang yang ditampal pada kain sebelum digulung dan diikat kemas untuk dikukus selama dua jam.

"Daun-daun ini perlu dirawat semalaman untuk diletakkan atas kain bagi mendapatkan corak serta warna batik sekali gus penghasilan batik melalui teknik ini sepenuhnya secara semula jadi tanpa menggunakan sebarang warna yang ada bahan kimia," katanya yang turut menghasilkan batik canting.

Beliau berkata, antara cabaran untuk menghasilkan batik menerusi teknik itu adalah dari segi mendapatkan bekalan daun berkenaan selain memerlukan ketelitian semasa proses pembuatan bagi mendapatkan hasil batik terbaik.

Antara kenangan manis yang dilakar sepanjang kariernya membuat batik ialah beliau pernah mendapat tempahan daripada Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Khairizal berkata, beliau mampu menghasilkan tempahan pelanggan termasuk butik kira-kira 50 pasang batik ecoprint sebulan yang dijual pada harga RM580 sepasang (empat meter) namun selepas tercetusnya pandemik Covid-19 ia merosot kepada kira-kira 20 pasang sebulan.

Beliau berkata, meskipun sektor ekonomi terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik itu, ia tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan perniagaan batiknya kerana turut mendapat bantuan kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

"Sebelum ini saya banyak menyertai acara seperti Hari Kraf Kebangsaan untuk mempromosi dan menjual batik, tetapi kini perniagaan saya banyak bergantung kepada jualan dalam talian dan tempahan daripada pelanggan tetap.

"Saya juga merancang untuk mengadakan kelas dalam talian bagi mereka yang ingin belajar teknik menghasilkan batik termasuk kepada individu dari luar negara," katanya yang memiliki diploma dalam pembuatan batik.

  • Lagi foto siri Spektrum
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 5:22 PM