AIR nabeez memberi tenaga sepanjang berpuasa.
AIR nabeez memberi tenaga sepanjang berpuasa.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin

KURMA sering menjadi pilihan masyarakat sepanjang Ramadan sebagai makanan tambahan yang diambil ketika berbuka atau bersahur.

Ia kaya dengan tenaga dan mempunyai pelbagai nutrien, vitamin dan mineral penting untuk tubuh.

Satu

hidangan kurma (tiga biji) boleh membekalkan 80 kalori, kalsium (15 miligram), fosforus (16 gram), potassium (140 miligram) dan antioksidan.

Namun, makanan sunah ini boleh diambil dalam bentuk berbeza iaitu air rendaman kurma atau dikenali sebagai air nabeez.

Ramai tidak mengetahui minuman ini yang sebenarnya mengandungi banyak khasiat.

Selain itu, dikatakan air nabeez adalah minuman kegemaran Rasulullah SAW.

Cara membuat air minuman ini juga mudah, kurma (bilangan ganjil) direndam di dalam segelas air masak pada waktu malam dan diminum ketika bersahur.

Antara kebaikan air nabeez:

i. Mengelakkan badan dihidrasi

Selain air masak, air nabeez dapat digunakan sebagai alternatif untuk membuatkan individu kekal hidrasi.

Malah, minuman ini juga lebih menyihatkan berbanding air manis lain seperti teh tarik, teh ais, kopi dan sebagainya.

ii. Meningkatkan tenaga

Kurma

mengandungi karbohidrat dan gula yang menjadi sumber tenaga utama kepada tubuh.

Oleh itu, minuman ini sesuai diambil bagi mengatasi rasa keletihan terutama sepanjang Ramadan atau selepas melakukan aktiviti fizikal.

iii. Melancarkan pencernaan

Kekurangan cecair dalam badan boleh menyebabkan masalah sembelit.

Kandungan tinggi serat di dalam kurma memudahkan proses penghadaman.

Makan kurma secara setiap hari membantu proses membuang air besar menjadi teratur.

iv. Mengawal gula dalam darah

Walaupun rasa kurma manis, ia tidak menyebabkan peningkatan gula dalam darah.

Kandungan nilai indeks glisemik (GI) yang rendah pada kurma akan menstabilkan tahap gula dalam darah.

Dinasihati supaya tidak menambah gula atau pemanis tambahan dalam air nabeez bagi mengekalkannya sebagai minuman berkhasiat.

v. Mencegah penyakit

Kurma diketahui dapat menurunkan paras lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) yang dikategorikan kolesterol 'jahat' yang kesannya baik kepada kesihatan jantung.

Khasiat lain kurma seperti kandungan flavonoid, karotenoid dan asid fenolik yang boleh mengurangkan keradangan serta merendahkan risiko penyakit seperti kencing manis juga barah.

Elakkan daripada merendam kurma dalam tempoh panjang iaitu melebihi 24 jam bagi mengelakkan ia rosak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Mei 2021 @ 6:15 AM