Pasukan pengurusan Eskayvie turut sama meraikan kejayaan menerima dua anugerah daripada SME Corp Malaysia
Pasukan pengurusan Eskayvie turut sama meraikan kejayaan menerima dua anugerah daripada SME Corp Malaysia

Kuala Lumpur - Syarikat pengeluar produk kesihatan berkualiti tinggi, Eskayvie menerima Anugerah Enterprise 50 (E50) dalam satu majlis gilang gemilang yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.

Majlis anjuran SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) dengan kerjasama Deloitte Malaysia serta rakan-rakan strategik seperti RHB Bank Bhd, Unifi Business, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), UOB Malaysia, RAM Rating Services Bhd, Media Prima Omnia Sdn Bhd dan Malaysia SME ini diadakan bagi mengiktiraf 50 syarikat PKS yang berprestasi tinggi, kompetitif serta berdaya saing sama ada di pasaran domestik mahupun antarabangsa.

Program anugerah tahunan ini telah diakreditasi sebagai anugerah terkemuka yang melambangkan pencapaian dalam perniagaan dan keusahawanan bagi mengiktiraf selain meraikan pencapaian cemerlang syarikat tempatan yang berdaya saing.

"Ini adalah satu penghormatan buat Eskayvie apabila berjaya meraih tempat ke-2 daripada 50 syarikat yang tersenarai dalam penyampaian anugerah ini," kata Kartika Wati, Pengarah Urusan Eskayvie yang turut menjadi wanita pertama menerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 dalam majlis yang sama.

Anugerah khusus untuk wanita yang julung kali diperkenalkan itu dibuat berikutan peningkatan menggalakkan penyertaan mereka ke dalam E50.

Untuk tahun ini, seramai 21 atau 42 peratus usahawan wanita terpilih dalam kalangan 50 teratas atau 'Top 50'. Malah untuk kedudukan 10 teratas pula, 40 peratus adalah wanita.

"Anugerah ini membuktikan bahawa perjuangan dan visi Eskayvie dalam memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah adalah sangat signifikan dan penting di dalam menyokong pembangunan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam era pasca Covid-19.

"Dua anugerah yang diperolehi ini sebenarnya membuktikan bahawa syarikat Bumiputera seperti Eskayvie yang diterajui oleh wanita mampu mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi di kalangan syarikat tempatan. Ia turut mengiktiraf sumbangan Eskayvie ke arah pembangunan negara serta memberi galakan kepada kami untuk memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi negara," kata Kartika lagi.

Barisan 10 syarikat teratas (Top 10) terima Anugerah Enterprise 50 (E50) daripada SME Corp Malaysia
Barisan 10 syarikat teratas (Top 10) terima Anugerah Enterprise 50 (E50) daripada SME Corp Malaysia

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy, sebanyak 213 penyertaan dicatatkan tahun ini, iaitu tertinggi sejak diperkenalkan pada 1997.

"Hanya syarikat yang mendapat penarafan 4 dan 5 bintang di bawah Program Penilaian Penarafan Daya Saing PKS bagi Peningkatan (SCORE) sahaja yang layak untuk disenaraikan dalam anugerah E50 ini.

"Eskayvie juga telah melalui proses penilaian yang ketat berdasarkan pelbagai parameter, antaranya termasuk proses perniagaan, kewujudan pasaran, kedudukan kewangan; serta adaptasi digitalisasi dalam syarikat masing-masing," kata Rizal Nainy.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus dan menjana pendapatan lima hingga enam angka secara konsisten setiap bulan, layari www.eskayvienexus.my atau hubungi 03-55111050 atau ke pautan https://linktr.ee/EskayvieMalaysiaOfficial.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2022 @ 1:23 PM