SAMBUTAN raya tahun ini amat bermakna buat Fattah, Fazura dengan kehadiran zuriat pertama.
SAMBUTAN raya tahun ini amat bermakna buat Fattah, Fazura dengan kehadiran zuriat pertama.
Najiy Jefri


SAMBUTAN Aidilfitri pasangan romantis, Fattah Amin dan Nur Fazura baru-baru ini diraikan dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan walaupun aktiviti ziarah rumah ke rumah tidak dibenarkan.

Menurut Fattah, 31, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, dia teruja meraikan Aidilfitri kali pertama dengan kehadiran puteri tersayang, Nur Fatima Aisya.

"Walaupun tidak berpeluang meraikan Aidilfitri di kampung halaman dan berhimpun bersama keluarga, ia tetap disambut dengan penuh kesyukuran.

PERSIAPAN Aidilfitri mereka sekeluarga juga dibuat secara sederhana.
PERSIAPAN Aidilfitri mereka sekeluarga juga dibuat secara sederhana.

"Kehadiran Fatima menceriakan sambutan Aidilfitri kami tahun ini walaupun tidak dapat ke mana-mana.

"Lebih mengujakan, Fatima turut menerima duit raya walaupun aktiviti ziarah tidak dibenarkan. Ahli keluarga dan saudara-mara mengirimkan duit raya secara dalam talian.

"Kami belum berkesempatan mengira berapa jumlah duit raya yang diterima Fatima tapi ia akan kami simpan dalam akaun peribadinya untuk kegunaan masa depan," katanya.

Menurut Fattah, persiapan Aidilfitri mereka sekeluarga juga dibuat secara sederhana.

"Kami mahu menyambut secara ala kadar saja, tetapi apabila mengenangkan ini sambutan Syawal pertama bersama Fatima, kami tetap membuat persiapan serba sederhana untuk membangkitkan suasana Aidilfitri.

"Saya sendiri berharap orang ramai dapat sama-sama bersatu untuk terus mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

"Jika kita semua berganding bahu, insya-Allah kita akan dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung tahun depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 6:15 AM