PERTEMBUNGAN fantasi dan realiti sekitar kemeriahan festival pencahayaan berkenaan.
PERTEMBUNGAN fantasi dan realiti sekitar kemeriahan festival pencahayaan berkenaan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Pertembungan fantasi dan realiti.

Penganjuran acara pencahayaan edisi khas, Festival Lentera: Sisiran Tasik Putrajaya di Anjung Floria, baru-baru ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Festival yang julung kali dianjurkan Perbadanan Putrajaya (PPj) itu diadakan selama sembilan hari berakhir 3 Mac lalu.

Ia sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 dan Ulang Tahun Penubuhan Perbadanan Putrajaya yang ke-28 iaitu pada tanggal 1 Mac.

Berkonsepkan Tradisi dan Cahaya, keunikan festival itu adalah pertunjukan pencahayaan 'Grand Light Symphony' serta 'Musical Fountain' di tepian Tasik Putrajaya.

Festival berkenaan turut dimeriahkan dengan elemen pertunjukan kebudayaan tradisional Melayu, Cina, India dan Borneo yang dibawakan pasukan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta komuniti setempat.

Selain itu, dekorasi pencahayaan atas air seperti pertunjukan bot berhias bercahaya turut diadakan.

SISIRAN Tasik Putrajaya dilimpahi dekorasi pencahayaan sempena Festival Lentera.
SISIRAN Tasik Putrajaya dilimpahi dekorasi pencahayaan sempena Festival Lentera.

Lebih 30 komponen dekorasi pencahayaan disajikan kepada pengunjung antaranya Lil' Lumin's Land, Laman Komuniti Putrajaya, Laman Melayu, Laman China, Little India, Laman Retro, English Garden dan Laman Dulu-Dulu.

Begitu juga laman Jurassic Reverie, Enchanted Arbor, Tetris Harmony, Atma Kirana, Lumina Matrix, Algorithmic Aurora, Fantasy Garden, Panda Garden, Tree of Life, Lollipop Garden, Heart Shape Tunnel, Blue Tunnel, Avatar Trees, Aurora River, Misty Forest, Firefly Garden dan Paddy Field juga disediakan kepada pengunjung.

Di samping itu, lebih 20 acara sampingan turut dianjurkan antaranya pertandingan kreativiti 3R, Petting Zoo, Kampung Beca, persembahan kebudayaan, kugiran jalanan, wayang kulit dan wayang pacak.

Pengunjung turut berpeluang menyaksikan pertunjukan Remote Control Aircraft Bercahaya, Paraglider Bercahaya, menyertai tarian Zumba Glow in the Dark dan teksi air.

Penganjuran Festival Lentera Putrajaya 2024 turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) melalui rekod 'Longest Bridge With Light Symphony.'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2024 @ 6:30 AM