Marsha Milan ketika Majlis Menandatangani perjanjian persefahaman diantara Alternate Records dan Talents X Universal Music Malaysia di Menara Symphony Petaling Jaya. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Marsha Milan ketika Majlis Menandatangani perjanjian persefahaman diantara Alternate Records dan Talents X Universal Music Malaysia di Menara Symphony Petaling Jaya. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Ridzuan Abdul Rahman

 

 

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan, 38, mengakui isu 'penyondol' membabitkan segelintir artis sedikit sebanyak mengganggu emosinya kerana dia sering keluar rumah untuk bekerja. 

"Kalau boleh saya tak nak terlalu lantang bercakap berkenaan isu ini sebab kita sendiri ada perkahwinan yang nak dijaga.

"Saya selalu tiada di rumah disebabkan komitmen kerja. Agak tertekan juga yang kadangkala hasil titik peluh kita, orang tak nampak tapi benda-benda negatif pula yang lebih terserlah.

"Walaupun situasi kerja saya sebagai anak seni agak sibuk di luar rumah tapi kita kena sentiasa berjaga-jagalah," katanya. 

Menurutnya, dia sentiasa mencari peluang bagi meluangkan masa bersama suami.

"Saya bersyukur suami seorang yang sangat memahami dan menyokong segala yang dilakukan. Selalunya saya akan ambil masa untuk bersama suami sebab kita tak nak perkara seumpama ini berlaku.

"Suami pun seorang yang memahami kerja saya dan dia pun kerap tanya 'update' karier saya. Alhamdulilah, saya minta dijauhkan perkara ini.

"Saya tak mahu isu suami rakan sendiri disondol kawan baik apa lagi pada diri sendiri. Tapi kita cuma boleh berdoa untuk diri dan kawan-kawan agar dijauhkanbenda-benda begini," katanya.

Marsha juga meletakkan kepercayaan penuh kepada suami dalam segala hal termasuklah tidak pernah memeriksa telefon masing-masing.

"Walaupun kami tahu 'password' telefon masing-masing, tapi kami tak periksa telefon.

"Saya rasa selagi kita letakkan kepercayaan antara satu sama lain, saya rasa tak perlu nak 'check' telefon pasangan. Sebab bila kita mula 'triggered', mulalah akan banyak persoalan bermain di kepala.

"Jadinya tak payah (periksa telefon). Alhamdulillah, saya tak pernah lagi berdepan dengan situasi cubaan suami disondol sebab dia seorang 'family man'. Dia tak suka berjalan, selalu ada saja di rumah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Julai 2024 @ 8:05 PM