PERKONGSIAN Syura di media sosial
PERKONGSIAN Syura di media sosial

Kuala Lumpur: Penyanyi Syura, 38, sedih apabila van perniagaan miliknya hilang tanpa jejak selepas kali terakhir dilihat berada di Pasir Gudang, Johor.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron berkata van terbabit mungkin dicuri selepas menghubungi banyak pihak demi menjejaki keberadaannya.

"Sedihnya Ya Allah. Sudah hubungi majlis perbandaran, memang tak ada sitaan yang mereka buat. Maksudnya berkemungkinan besar van memang kene curi.

"Korang yang tengok 'story' ini, tolonglah saya viralkan. Mana tahu dengan kuasa korang, van saya dapat jumpa balik. Van itu penuh dengan barang-barang niaga suami saya," katanya.

Syura turut berkongsi butiran van terbabit menerusi media sosial. Van berkenaan berwarna putih, jenama Foton, dengan nombor pendaftaran BRC 185.

Lokasi terakhir van terbabit adalah di sebuah flat, Taman Rinting, Pasir Gudang. 

Dalam pada itu, pengikutnya menerusi komen di Instagram mendoakan penyanyi Nazam Berkasih itu akan segera menemui vannya.

"Allahu, dugaan buat Kak Syura di bulan Syawal. Harap ditemui segera van itu."

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 April 2024 @ 12:27 PM