Caprice bersama bayinya
Caprice bersama bayinya

Kuala Lumpur: Penyanyi Caprice, 36, menyambut cahaya mata sulungnya selepas isterinya Farra Inalis selamat bersalin di sebuah perubatan swasta di sini, kelmarin.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli amat berterima kasih atas segala ucapan dan doa baik-baik atas kelahirannya bayinya itu.

"17 Mac, alhamdulillah Lil Cappy (panggilan anak) selamat dilahirkan. Salam Malaysia. Terima kasih untuk semua doa dan ucapan tahniah, saya baru sempat untuk membacanya serta memberi makna besar dalam hidup kami.

"Syukur alhamdulillah untuk segala-galanya," katanya yang tidak berkongsi butiran terperinci termasuk jantina anaknya itu.

Pada bulan lalu, Caprice memberi bayangan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Menerusi sebuah hantarannya mendukung bayi terbabit, Caprice dihujani ucapan tahniah apalagi anaknya dilahirkan pada bulan Ramadan.

"Tahniah Caprice dan Farr, seronoknya timang anak pada bulan Ramadan. Alhamdulillah, semoga menjadi anak yang soleh. Selamat datang ke dunia ibu bapa," antara komennya.

Caprice mengumumkan isterinya sedang hamil lima bulan pada September tahun lalu.

Dia berkahwin dengan Farra yang juga ibu tunggal kepada seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea pada 15 November 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mac 2024 @ 12:25 PM