Penyanyi, Ziana Zain & Hasif Upin membuat persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL38) di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil. foto ASWADI ALIAS
Penyanyi, Ziana Zain & Hasif Upin membuat persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu (AJL38) di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil. foto ASWADI ALIAS

 

Kuala Lumpur: Penyanyi, Hasif Upin, menulis bukti kejayaannya di TikTok dan menujukannya kepada 'haters' yang menghentamnya sepanjang dia meniti karier sebagai penyanyi. 

Dalam hantaran itu, Hasif yang juga rakan duet Ziana Zain ketika menyampaikan lagu Waktu di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) juga tahu, wujud bekas kawan-kawan yang turut menjatuhkannya. 

"Khas untuk 'haters' saya. Terima kasih kerana merendahkan bakat saya kelmarin (di AJL38). 

"Saya masih ingat, ada yang suruh saya berhenti menyanyi dan sebagainya dan yang paling sedih, ada juga bekas kawan-kawan lama turut menghentam saya. 

"Tapi, lihat sekarang. Di AJL38, saya dah buktikan kepada kamu. Ya, kamu. Bahawa kata-kata cacian itu membuatkan saya lebih kuat," tulisnya. 

Tambah Hasif, dia juga menerima 'standing ovation' selepas membuat persembahan. 

"Di AJL38, banyak detik positif dan mendapat 'standing ovation'. Kepada peminat dan penyokong saya, Insya-Allah, jumpa di AJL tahun hadapan. 

"Jika ada rezeki nanti, kita teriak ramai-ramai okay," katanya. 

Hasif turut berkongsi gambar kenangan persembahannya bersama Ziana Zain. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mac 2024 @ 9:35 PM