Dari kiri, Ruzaini, Rizman, Hael Husaini dan Daler Yusof.
Dari kiri, Ruzaini, Rizman, Hael Husaini dan Daler Yusof.
Sudirman Mohd Tahir

 

Kuala Lumpur: Seramai 26 artis terkenal tanah air dipilih menjadi muse kempen RR Royalty yang dijayakan oleh duo fesyen ternama Rizman Ruzaini.

Mereka terdiri daripada nama malar segar dan baharu antaranya Amy Mastura, Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, Lorenzo Irman, Ali Reza, Idris Khan, Noki, Aliff Aziz, Bella Astillah, Rozita Che Wan, Izara Aishah dan Nadiyah Shahab.

Turut serta, Sean Lee, Hael Husaini, Shaza Bae, Siti Hariesa, Shahrul Aimy, Siti Khadijah, Amyra Rosli, Ammar Baharin, Aqeef Anaqi, Ayra Aryssa, Izzue Islam, Aiman Ameer, Nora Danish dan Emma Ma'embong.

Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, pemilihan mereka bersesuaian dengan koleksi yang ditampilkan sempena sambutan Syawal tahun ini.

"Setiap muse menampilkan baju kurung, baju Melayu dan kurta sedondon dengan cetakan motif pelbagai, menawarkan rencam gaya yang boleh dipilih mengikut personaliti dan kesesuaian RR Royalties iaitu pelanggan kami.

 

 "Jadikan raya tahun ini paling sempurna dengan koleksi raya RR by Rizman Ruzaini 2024 yang pasti memberikan 1001 kenangan manis dan 'outfit of the day' (OOTD) terindah buat anda dan keluarga," katanya.

Menurutnya, kempen itu hadir bersama program RR Royalty sebagai penghargaan kepada pelanggan setia mereka bermula 1 Mac ini.

Rizman berkata, program itu adalah hadiah istimewa untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan jenama mereka.

"Pelanggan kami boleh miliki baju raya paling stylish dengan diskaun sebanyak 25 peratus secara eksklusif.

"Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk direalisasikan tapi tak mengapa, kerana kami mahu program ini tercipta dengan sempurnanya agar setiap RR Royalty mendapat manfaat sepenuhnya. 

"Inilah hadiah istimewa kami untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan RR by Rizman Ruzaini dari bertatih sehingga mampu berlari selaju sekarang ini. Terima kasih RR Royalties," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 6:36 PM