Pelakon, Nadiya Nisaa. Foto Aziah Azmee
Pelakon, Nadiya Nisaa. Foto Aziah Azmee
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur : Pelakon Nadiya Nisaa, 38, menyifatkan lakonan adalah perkara spiritual yang menjadi pendorong dirinya sentiasa dekat dengan Allah SWT dan berdoa meminta ilham setiap kali mendapat sebuah naskhah baru untuk dilakonkan.

Nadiya berkata, dia berasa sangat bersyukur apabila sehingga kini kebanyakan doa dititipkannya dimakbulkan oleh Allah, sekali gus melancarkan segala urusan karier lakonan dengan kreativiti dalam mempelbagaikan watak.

"Saya selalu merasakan lakonan adalah satu perkara yang spiritual buat saya apabila ingin melakonkan sesuatu watak itu. Ia kerana, saya selalu berdoa meminta ilham daripada Allah agar dapat buat persembahan yang baik.

"Alhamdulillah, saya selalu dapat apa yang dimohonkan sebab Allah bagi dan saya sukakan momen itu. Jadi, apabila tak 'shooting' saya dapat rasa tiada momen 'intimate' itu. Benda ini agak 'tricky' juga sebab bidang kita ini bukanlah tempat yang boleh mencari keredaan sangat pun," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nadiya, kerjaya seni ini meletakkan kita sangat hampir pada garisan antara yang baik atau tidak dan apapun Allah lebih tahu niat dalam hati serta beri bakat untuk disampaikan amanah itu kepada masyarakat.

Baru-baru ini, difahamkan Nadiya juga ada meluahkan hasrat mahu 'angkat kaki' meninggalkan industri hiburan berikutan didakwa sudah hilang motivasi untuk terus berkarya sebagai anak seni.

"Ya, saya pernah ada hasrat itu (tinggalkan lakonan) dan ada tanya juga kepada pelakon senior, kalau saya berhenti berlakon apa akan berlaku? Tapi, mereka kata industri akan tetap akan sama dan tiada perubahan pun.

"Saya boleh saja kembali berlakon bila-bila masa, sebagaimana pernah dilakukan Datin Sofea Jane. Beliau berehat sekejap daripada lakonan sebab nak fokus pada anak dan apabila masuk semula, industri tetap saja masih sama," katanya.

Nadiya berkata, dia jadi terfikir begitu sebelum ini sebab rasa tiada motivasi nak menjayakan 'shooting' kerana keadaan industri yang dilihat tetap sama dan tiada perubahan seperti pemberian bonus, penilaian dalam kerja dan sebagainya.

"Tapi, apa yang buat saya teruskan juga berlakon lagi sampai sekarang kerana hadir teguran daripada rakan-rakan agar jangan merajuk dan mereka berikan pula karya menarik untuk saya lakonkan dan tidak menolak tawaran itu.

"Apatah lagi, industri kita sebenarnya tidak pernah ketandusan bakat dan cerita kita juga takkan pernah habis. Banyak lagi penerbit dan penulis yang nak buat cerita menarik tapi 'sistem itu' yang ada kurangnya," katanya.

Terdahulu, Nadiya hadir pada majlis sidang media drama Tonton Original Series, SeOfis lakonannya bersama Siti Saleha dan Nadia Aqilah di Worq, Nu Sentral di sini, semalam.

Drama bersiri 12 episod yang kini boleh distrim di platform Tonton itu diarahkan oleh Faizul Jais dengan skrip ditulis Nadia Khan dan Mamu Vies serta diterbitkan oleh Parallax Pictures.

Barisan pelakon lain membintangi SeOfis ialah Fahrin Ahmad, Hafizul Kamal, Munir Kharuddin, Akmal Azwar, Syahir Shafien,, Anas Ridzuan, Malia, Ikhwan Lein, Kimberly Chuah, Aeril Izz, Hafidzuddin Fazil dan ramai

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2024 @ 6:04 PM