Penyanyi indonesia, Mahalini Raharja pada sidang media konsert Lovechestra live in Kuala Lumpur pada Februari depan, di The Roomah Kuala Lumpur. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Penyanyi indonesia, Mahalini Raharja pada sidang media konsert Lovechestra live in Kuala Lumpur pada Februari depan, di The Roomah Kuala Lumpur. FOTO HAZREEN MOHAMAD
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Penyanyi Indonesia, Mahalini enggan berkongsi mengenai pertunangan dengan penyanyi popular senegara, Rizky Febian.

"Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini," katanya ketika ditanya media.

Selepas dua tahun bercinta, mereka mengikat tali pertunangan pada 7 Mei tahun lalu.

Walaupun berlainan agama di mana Rizky beragama Islam, manakala Mahalini beragama Hindu, tetapi perbezaan itu tidak menghalang mereka untuk ke jenjang pelamin.

Mahalini berkata, dia kini fokus dengan konsertnya iaitu Lovechestra Mahalini yang akan berlangsung di Mega Star Arena, di sini, pada 3 Februari depan.

Bercerita mengenai konsert anjuran Kharisma Music International itu, Mahalini berkata, ia juga akan menampilkan Rizky sebagai penyanyi jemputan.

"Sebenarnya idea di sebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu. Saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik.

"Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi. Apatah lagi, Malaysia begitu dekat di hati. Konsert dijadualkan berlangsung selama lebih kurang dua jam dengan hampir 15 sehingga 17 lagu," katanya yang akan diiringi band sendiri iaitu Lini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 January 2024 @ 2:56 PM