Fizi bersama anaknya
Fizi bersama anaknya
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Penyampai radio, Fizi Ali memuat naik hantaran luahan hati berbaur kemarahan di Instagram dan menyebut mengenai anak dan perpisahan.

Dalam hantaran itu, Fizi berkongsi 'rahsia' mengenai seseorang namun tidak menyebut atau menulis sebarang nama.

"Bapa dia kau elakkan jumpa. 'BF' (kekasih) kau bawa jumpa siap pimpin tangan anak eh. Itu kau 'claim' 'single' hidup seorang?

"Dari sebelum pisah, kau tak pernah 'single' lah perempuan. Ini sebenarnya kau nak, kan?" tulisnya.

Tambah Fizi, kifarah itu sentiasa akan ada dan setiap yang melakukan sesuatu akan mendapat balasan Tuhan.

"Konon-konon depan netizen, kau acah-acah suci hidup seorang besarkan anak. Lepas itu, nafikan semua benda.

"Keluarga dia siap terima penyondol itu. Kifarah ada. Tak kena dekat diri sendiri, nanti kena dekat ahli keluarga sendiri," tulisnya.

Harian Metro cuba menghubungi Fizi untuk mendapatkan komen dan penjelasan mengenai hantarannya, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Untuk rekod, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon, Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 sebelum bercerai pada Disember 2021.

Perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata, Ameena Sofia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2024 @ 12:35 PM