Datuk Red dan Adira.
Datuk Red dan Adira.

Kuala Lumpur: "Pinjam duit orang lain, kau sebut. Yang kau pinjam duit aku, tak nak pula kau cerita. Sampai trauma anak-anak aku," kata kakak kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Emma Suhaimi dalam hantaran di Instagram Story berkaitan individu yang meminjam wangnya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, mesej itu dimuat naik selepas suami Adira, Datuk Red berkongsi mengenai kesusahan hidup dan terpaksa meminjam RM100 daripada Adira untuk membeli juadah berbuka buat anak-anaknya.

"Kita ini sampai jual tanah dah nak tolong dia. Tak apa, Allah ada. Waktunya akan tiba untuk dibongkarkan," tulisnya.

Menurut Emma, dia sudah berbincang dengan Adira dan tidak suka memuat naik hantaran untuk menarik perhatian.

Namun, apabila adiknya menjadi mangsa buli selepas kenyataan Datuk Red itu dikeluarkan, dia bertindak untuk membela adiknya.

"Maaf netizen, bulan puasa ini kakak tak boleh tahan. Ini dah bincang dengan adik. Kita tak 'post' suka-suka nak dapat perhatian.

"Tapi, macam cubit peha kiri, peha kanan terasa. Boleh hubungi kita, tak sembunyi-sembunyi dah ini. Biarlah saya bersuara. Jangan buli adik saya, okay.

"Dulu, bolehlah kau gertak-gertak dia dengan kata-kata kau. Sekarang, mari sini sekali saja jumpa kakak dia," katanya.

Dalam hantaran sama, Emma turut berkongsi bahawa dia dan adiknya menangis apabila menonton video luahan kesusahan Datuk Red itu.

"Semalam pun orang itu menangis tengok video suaminya pun diam, tak tunjuk. Kita ikut menangis sekali. Rasa tahu, kesusahan orang itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mac 2024 @ 3:39 PM