Omar Ahmad


Kota Tinggi: Pemergian bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad disifatkan kehilangan besar dalam industri nasyid tanah air.

Vokalis In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid berkata, Jumaat lalu menjadi detik terakhirnya bersama arwah semasa melawatnya bersama Abdul Rahim dan Hazamin di rumah bapa mertuanya di Felcra Sungai Ara di sini.

Katanya walaupun pertemuan singkat 10 minit, wajah Suhaimi kelihatan gembira.

"Kami memang sudah lama tidak berjumpa. Sebagai kawan Suhaimi pernah melawat saya di hospital semasa saya sakit pada tahun 2014.

"Saya beritahu dia, saya sedih lihat keadaan dia. Dia cakap, jangan nangis. Dia gembira kami datang, dia minta maaf dengan kami zahir dan batin.

"Ami berada di Johor malam Khamis lalu untuk persembahan di Johor Bahru, apabila dapat tahu Suhaimi mahu pulang ke rumah bapa mertuanya. Kami datang dan pertemuan hanya 10 minit tetapi Suhaimi nampak gembira, walaupun penat kerana baru tiba dari Kota Baharu, Kelantan," katanya sebak ketika ditemui di perkarangan rumah keluarga bapa mertua Suhaimi di Felcra Sungai Ara di sini, hari ini.

Jelas Mohd Syahril, biarpun berbeza pendirian, Suhaimi adalah sahabat yang melengkapkan persahabatan mereka.

"Suhaimi melengkapkan persahabatan kami, arwah amat menitikbertkan bab pakaian, persembahan dan vokal. Arwah seorang yang teliti, kehilangan yang dirasai.

"Sejak dia keluar dari In-Team, dan bersedia bergerak solo, kita tetap jalin persahabatan. Kami tetap saling berhubung," katanya.

Sementara itu, anggota kumpulan Hijjaz, Isman Nadim Isam, berkata, arwah seorang yang sangat baik dan tidak suka menyusahkan rakan.

"Dia ni memang tak suka susahkan orang dan seorang yang sangat positif, selalu datang rumah saya bersama isteri dan anak-anaknya. Pemergiannya satu kehilangan besar," katanya

Mohd Suhaimi

Jenazah  Shuhaimi Saad, 43, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Jenazah Shuhaimi Saad, 43, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru, Rabu lalu.

Berita berkaitan:

Suhaimi Saad pergi dengan mudah, tenang di sisi Ina Naim, anak

Suhaimi Saad meninggal dunia

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2023 @ 11:28 AM