Datuk Adi Putra bersama arwah ibunya.
Datuk Adi Putra bersama arwah ibunya.

Kuala Lumpur : Ibu kepada pelakon, Datuk Adi Putra iaitu Noor Bannu Khan Mohd meninggal dunia di Singapura, pagi hari ini.

Adi menerusi hantaran di Instagram memaklumkan, jenazah ibunya dikebumikan di Pusara Aman Singapura selepas solat Asar, hari ini.

"Assalamualaikum. Dukacita saya ingin maklumkan bahawa bonda saya, Noor Banoo Khan Mohd sudah pulang ke Rahmatullah jam 11.15 pagi.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Jenazah bonda saya disemadikan di Pusara Aman Singapura selepas Asar," tulisnya.

Adi sebelum itu berkongsi gambar maklumat dan keperluan ibunya di hospital dengan maklumat ringkas 'prosedur jantung'.

Dua hari lalu, Adi berkongsi mengenai panggilan yang diterima memaklumkan keadaan ibunya yang sedang kritikal ketika pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu masih berada di Makkah.

"Hampir dua bulan di Tanah Suci, di Arab Saudi, mendapat panggilan kritikal dari Singapura mengenai keadaan ibu saya," tulisnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2023 @ 5:51 PM