ABBY Abadi. FOTO Arkib NSTP
ABBY Abadi. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pelakon yang juga ibu kepada Marissa Dania Hakim, Abby Abadi memaklumkan bahawa dia dalam keadaan baik-baik sahaja. 

Hantaran itu dikongsikan Abby di Instagram Story selepas ramai yang risaukan keadaannya apabila tidak memuat naik sebarang hantaran terbaharu di media sosialnya. 

"Alhamdullillah. Semuanya okay sahaja. Jangan risaukan saya. Tak 'update' sebab tak ada idea.

"Saya di Melaka sekarang, uruskan JaiTech

Solutions. Doakan segala urusan kami dipermudahkan, ya," tulisnya. 

Hantaran yang dimuat naik beberapa jam lalu itu menampilkan Abby berbusana warna pastel dan nampak tenang. 

Sejak beberapa hari lalu, nama Abby, dan bekas suaminya, Norman Hakim tular di media sosial serta menjadi bualan netizen selepas muncul khabar mengenai anak mereka, Marissa yang didakwa sebagai 'penyondol' dan memporak-perandakan rumah tangga satu pasangan muda. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2023 @ 6:59 PM