Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (kiri) hadir pada Kepci Music Fest di Stadium Malawati Shah Alam. FOTO GENES GULITAH
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (kiri) hadir pada Kepci Music Fest di Stadium Malawati Shah Alam. FOTO GENES GULITAH
Oleh Syafil Syazwan Jefri


Shah Alam: Konsert Kepci Music Fest yang berlangsung malam ini menyaksikan kehadiran kira-kira 8,500 penonton yang memenuhi lokasi acara di Stadium Malawati, di sini. 

Acara konsert itu dihangatkan dengan persembahan mantap penyanyi terkenal tanah air antaranya kumpulan Coex, Insomniacks, MK K-Clique, Datuk Amy Search dan Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Pengerusi QSR Brands, Tan Sri Jamaluddin Ibrahim berkata, penganjuran konsert ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan mereka. 

"Konsert ini untuk anda semua. Ini cara kami menunjukkan penghargaan kepada anda yang dianggap seperti keluarga KFC," katanya. 

Turut hadir menghangatkan acara adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemani isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. 

Konsert Kepci Music Fest menjadi acara kemuncak untuk Festival Kepci Music Fest, yang dianjurkan bagi meraikan ulang tahun ke-50 KFC. 

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2023 @ 9:51 PM