Adira berkongsi dakwaannya di media sosial.
Adira berkongsi dakwaannya di media sosial.
Zaara Talita

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Adira berang apabila menerima mesej peribadi yang menawarkan diri untuk menjadi skandalnya. 

Ibu kepada empat cahaya mata itu menganggap pertanyaan atau gurauan itu sebagai keterlaluan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang pada masa hadapan.

"Saya bukanlah seorang yang mudah melatah dengan perkara sebegini, namun menganggap ini sebagai keterlaluan. Jika tidak mendatangkan duit, memang saya tidak akan layan.

"Saya boleh dibawa bergurau dengan jenaka-jenaka namun bukan dengan lawak sebegini. Kalau saya mahu mencari skandal, dari dulu lagi saya sudah cari, tidal perlu tunggu sehingga beranak-pinak sebegini.

"Perkongsian ini dibuat sebagai pengajaran buat lelaki-lelaki di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya menghantar mesej sebegini. Lagipun negara ini ada undang-undang. 

"Hormatilah sikit status saya sebagai isteri dan ibu kepada empat orang anak. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara sebegini berulang lagi," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu itu mengakui terkejut dengan keberanian segelintir pihak yang ingin kaya menggunakan jalan singkat.

Malah, jejaka terbabit turut meninggalkan nombor telefonnya sekiranya Adira berminat untuk menjalinkan hubungan secara rahsia dengannya.

Adira dan Datuk Red iaitu Adenan Abu berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4; dan Ayoub yang kini berusia sembilan bulan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Jun 2023 @ 11:59 AM