Rebecca Nur Islam bersalin anak keenam.
Rebecca Nur Islam bersalin anak keenam.

Kuala Lumpur: Pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad selamat melahirkan anak keenamnya pada jam 8.30 pagi hari di pusat perubatan, di sini. di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Instagram, Rebecca yang mesra disapa dengan panggilan Mummy Becca memaklumkan dia melahirkan bayi lelaki dengan berat 2.71 kilogram menerusi pembedahan.

"Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang penuh keberkatan pada hari ini, pada tarikh 12 Mei 2023, pada jam 8.30 pagi tadi, saya melahirkan anak lelaki saya menerusi pembedahan.

"Syukur kepada Allah SWT, semuanya berjalan dengan baik. Bayi lelaki saya dilahirkan dalam usia kandungan 38 minggu lebih dengan berat 2.71 kilogram dan tingginya 34 sentimeter," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Becca turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya termasuklah ibu dan adik-beradiknya.

"Mummy Becca ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang banyak menitipkan doa buat mummy dan bayi. Terima kasih, Allah saja yang dapat membalasnya.

"Terima kasih kepada suami tercinta dari awal kehamilan sampai ke hari ini, sentiasa setia bersama menemani Mummy Becca. Terima kasih papa.

"Terima kasih juga buat ibu saya. Doa ibu tiada hijab, tembus ke langit. Terima kasih datang, mama dan sentiasa mendoakan anak-anakmu. Terima kasih kepada adik beradik yang mendoakan dan mengirimkan WhatsApp," katanya.

Hantaran itu turut disertakan dengan beberapa gambarnya ketika di bilik bersalin dan juga gambar bayinya.

Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4, dan Nor Aurora Riana, 4.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2023 @ 6:14 PM