SITI Nurhaliza melancarkan rangkaian minuman jeli BeauKids 'AAFIYAH' sempena sambutan ulang tahun ke-3 Siti Aafiyah di Cyberjaya. FOTO Rohanis Shukri
SITI Nurhaliza melancarkan rangkaian minuman jeli BeauKids 'AAFIYAH' sempena sambutan ulang tahun ke-3 Siti Aafiyah di Cyberjaya. FOTO Rohanis Shukri
Sudirman Mohd Tahir

Cyberjaya: "Saya sebenarnya tak nak besarkan perkara ini. Saya pun tak tahu apa nak cakap. Saya tak periksa pun (Aishah sekat) sebab kadang-kadang saya sendiri tak sempat nak pegang dan periksa telefon."

Itu kata penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai dakwaan penyanyi, Aishah menyekat akaun Instagram Siti iaitu @ctdk.

Siti, 42, berkata, itu adalah perkara yang biasa terjadi dan bukan satu isu untuk diperbesarkan kerana baginya, paling penting semua pihak sentiasa saling menghargai.

"Biasalah, kadang-kadang kita sendiri pun pernah tidak sengaja sekat akaun Instagram orang lain. Bagi saya itu perkara biasa. Mungkin tak perasan. Tapi apa yang penting bagi saya, kita saling menghargai.

"Apabila saya baca (artikel Aishah), baru saya tahu mengenai isu ini. Sebelum ini, saya cari pun tak jumpa (Instagram Aishah)," katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai dakwaan mengatakan kononnya Aishah menyekat akaun Instagram Siti.

Aishah dalam kenyataan di Instagram berkata, dia tidak sengaja menyekat akaun Instagram Siti kerana keliru dengan akaun palsu yang menggunakan nama Siti Nurhaliza.

Siti ditemui ketika majlis pelancaran single dan video klip lagu kanak-kanak terbaharu serta produk minuman Beaukids di Skyglass, di sini, hari ini.

Single medley klasik Siti 1 mengandungi empat lagu berjudul Buai Laju-Laju, Tepuk Amai-Amai, Suriram dan Matahari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mac 2021 @ 4:47 PM