Meghan Trainor. FOTO Agensi
Meghan Trainor. FOTO Agensi
Agensi

London: Penyanyi terkenal antarabangsa, Meghan Trainor mengakui dirinya fobia setiap kali melakukan hubungan intim bersama suami, Daryl Sabara.

Meghan, 30, berkata, masalah vaginismus mengetat yang dihidapinya menyebabkan wujud perasaan takut melampau ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Difahamkan penyanyi lagu All About That Bass ini terpaksa menanggung kesakitan sehingga tidak dapat berjalan.

Meghan berharap suaminya dapat mengurangkan kesakitan yang dialami sewaktu melakukan hubungan intim.

"Saya harap suami dapat melakukan sesuatu. Ia amat menyakitkan," katanya.

Meghan dan Sabara berkahwin pada 22 Disember 2018 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Riley Sabara, 2. Meghan juga kini sedang hamil anak kedua.

Meghan bersama suami dan anaknya
Meghan bersama suami dan anaknya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2023 @ 6:41 PM