PUTERA Harry (kanan) dan Meghan. FOTO fail AFP
PUTERA Harry (kanan) dan Meghan. FOTO fail AFP
AFP

London: Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle bakal menimang cahaya mata kedua mereka, kata jurucakap pasangan berkenaan pada Ahad.

Pasangan itu mengedarkan gambar hitam putih mereka di bahawa pokok, sambil tersenyum, dengan Markle, 39, menunjukkan tanda mengandung.

"Kita boleh mengesahkan bahawa Archie akan menjadi abang.

"Duke dan Duchess of Sussex amat gembira kerana akan menimang cahaya mata kedua," kata jurucakap itu.

Meghan dan Harry, 36, yang juga cucu kepada Ratu Elizabeth II mengumumkan mereka menarik diri daripada tugas rasmi diraja pada Mac tahun lalu dan kini menetap di California.

Sebelum ini, Markle mendedahkan di The New York Times pada November bahawa beliau keguguran, Julai tahun lalu.

Dalam pada itu, jurucakap Istana Buckingham berkata: "Ratu Elizabeth II, suami dan seluruh keluarga gembira dan mengucapkan selamat untuk pasangan itu".

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2021 @ 8:46 AM