Khazrul memuat naik kenyataan membabitkan hubungannya dengan Zarina Anjoulie.
Khazrul memuat naik kenyataan membabitkan hubungannya dengan Zarina Anjoulie.
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Konflik hubungan pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra disapa Anju dan bekas tunangnya, ahli korporat, Datuk Seri Khazrul Elzey nampaknya masih berterusan sejak dua minggu lalu.

Anju dan Khazrul juga masing-masing secara terang-terangan mencari kesalahan dan membuka aib masing-masing sekali gus meraih perhatian warganet.

Terbaru, Khazrul mendedahkan dia tidak mengambil kesempatan demi memuaskan nafsu berhubung kunci rumahnya yang dimiliki Anju sebelum ini.

Menerusi perkongsian secara siaran langsung di laman TikTok, Khazul berkata, dia mengakui tidak gemar Anju kerap datang ke rumahnya kerana dilihat kurang manis serta boleh mengundang maksiat.

Menurut Khazrul, sebagai seorang yang memahami hukum agama, dia memilih untuk tidur berasingan demi mengawal nafsu serta memberi teladan yang baik kepada anak perempuannya, Julia Sharapova.

"I ni bukan jenis lelaki mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsu.

"I ada anak perempuan, kalau buat benda-benda tak elok dalam rumah. Ya Allah, mana nak letak muka?,"katanya.

Khazrul berkata lagi, Zarina juga pernah mengamuk bila dia tiada dalam bilik.

"Ada satu hari, pagi tu dia mengamuk sebab i tak ada dalam bilik. I kat ruang tamu.

"Dia tanya tak sayang ke? Bukan i tak sayang you. I kena tidur luar. Hormat la.

"Sebab tu saya tak suka dia datang rumah saya. Saya tak nak benda-benda aneh (maksiat) tu berlaku. Kita masing-masing ada nafsu, kita kawal," katanya.

Sementara itu, dalam perkongsiannya lagi, Khazrul mengakui dia dan Anju pernah tidur bersebelahan pada satu malam dengan mendakwa bahawa pelakon terbabit seperti 'terdesak' untuk bersama.

"Ni saya cerita jujur, ikhlas. Saya tak pernah menipu. Okaylah sebab nak sangat tidur sebelah-sebelah walaupun tak kahwin.

"Jadi tidur la sebelah-sebelah tapi tak buat apa-apa pun. Sampai la I tertidur.

"Nak sangat tidur sebelah. I pening lah. Kalau boleh jangan la datang. I pun tak minta datang. Bila dah jadi macam tu, waktu Subuh. I bangun nampak bantal peluk dah jatuh bawah. I pun angkat letak sebelah dia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Februari 2023 @ 6:22 PM