Hantaran dibuat Neelofa di Twitter yang menarik perhatian.
Hantaran dibuat Neelofa di Twitter yang menarik perhatian.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Selebriti popular, Neelofa yang meramalkan Aina Abdul dan Alif Satar bersama kumpulannya The Locos akan mendapat tempat di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) menjadi kenyataan malam ini.

Aina yang mempertaruhkan lagu ciptaan sepenuhnya berjudul Terus Hidup dinobatkan sebagai juara AJL37 serta memenangi kategori Vokal Terbaik.

Sementara itu, Alif & The Locos yang mempertandingkan lagu Anugerah Terindah meraih tempat ketiga.

AJL37 turut menyaksikan lagi Suatu Malam Di Temasek dendangan Joe Flizzow dan SonaOne ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow diumumkan tempat kedua.

Sementara itu, kategori Persembahan Terbaik dimenangi oleh penyanyi Shiha Zikir menerusi lagu Irama.

AJL 37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil menggandingkan dua hos popular, Sherry Alhadad dan Jihan Muse.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Februari 2023 @ 1:16 AM