Neelofa kelihatan memegang perutnya.
Neelofa kelihatan memegang perutnya.

Kuala Lumpur: Selebriti popular, Neelofa dilaporkan sedang hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perutnya menjadi tular.

Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna akaun TikTok, Neelofa dilihat memegang perutnya yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran putera sulungnya, Muhammad Bilal yang pertama, baru-baru ini.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai apabila mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu sedang hamil walaupun dikatakan menyembunyikan kelahiran anak keduanya itu.

"Dia sorok tapi asyik pegang perut je. Sorok dalam nyata," komen seorang netizen.

"Wanita kalau hamil automatik akan nak pegang perut walaupun kandungan masih baru," tulis seorang netizen.

Menerusi video yang ditonton lebih 295,000 itu, Neelofa turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan mendakwa Bilal bakal dikurniakan adik tidak lama lagi.

"Tahniah Bilal jadi abang selepas ini," tulis seorang netizen.

"Alhamdulillah tahniah Neelofa dan keluarga. Seronoknya dapat hamil lagi," komen seorang pengikut.

Untuk rekod Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2023 @ 11:13 AM