Ahmad bersama keluarganya menunaikan umrah
Ahmad bersama keluarganya menunaikan umrah
Ramlah Zainal


Kuala Lumpur: Pelakon, Ahmad Maembong mengakui peluang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah bersama keluarganya adalah hadiah hari jadi paling bermakna buat dirinya.

Adik kepada pelakon popular Emma Maembong itu berlepas ke Tanah Suci Makkah bersama dua kakaknya iaitu pelakon Chacha Maembong dan Shikin Maembong hari ini.

Menerusi video di Instagram Story Chacha, Ahmad berkata, ia adalah hadiah hari jadi yang paling istimewa buatnya.

"Ini hadiah hari jadi yang paling best kerana dapat buat umrah.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan bawa saya pergi umrah," katanya.

Ahmad yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pelakon filem Garang itu juga menunaikan umrah dalam keadaan berkerusi roda.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Chacha juga meminta semua peminat mendoakan semoga ibadah umrahnya dan keluarga berjalan lancar dan dipermudahkan sepanjang di Tanah Suci Makkah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2023 @ 12:36 PM