Mira Filzah hadir ketika Program Rizman Ruzaini Empire di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. FOTO AZIAH AZMEE
Mira Filzah hadir ketika Program Rizman Ruzaini Empire di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. FOTO AZIAH AZMEE
Zaara Talita


Kuala Lumpur : Pelakon, Mira Filzah berkongsi keterujaan bakal kembali aktif dalam bidang lakonan tahun depan dan terbuka menerima watak yang dirasakan bersesuaian dengannya.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, dia sudah mula menerima beberapa tawaran, namun ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian terlebih dulu.

"Status sebagai seorang isteri dan ibu tidak mengubah apa-apa, saya masih terbuka untuk apa jua watak. Namun, saya tetap akan meneliti tawaran yang diberikan di mana saya akan melihat jumlah hari penggambaran dan lokasi di mana.

"Itu semua antara yang saya titik beratkan dan hanya selepas itu saya akan buat keputusan. Insya-Allah tahun depan jika ada watak yang sesuai, saya akan mula berlakon semula.

"Tawaran memang ada diterima, malah lepas pantang lagi saya dah dapat. Saya memang rindu berlakon tapi sebab sekarang dah ada anak, saya akan tengok waktu yang paling sesuai.

"Anak adalah keutamaan, bagaimanapun sekarang saya dah ada pembantu dan saya dah susun secara baik pengurusan anak sebelum boleh kembali semula untuk penggambaran," katanya.

Mira mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir yang kini berusia tujuh bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Disember 2022 @ 5:57 PM