Model dan pelakon, Cara Delevingne.
Model dan pelakon, Cara Delevingne.
Agensi

London: Pelakon jelita, Cara Delevingne, 30, menjana pendapatan sebanyak RM163,000 sehari hasil kerjayanya sebagai pelakon dan model terkenal.

Ia sekali gus menjadikan Delevingne antara model yang meraih pendapatan harian tertinggi di Britain.

Difahamkan, jumlah aset terkumpul yang dimilikinya ketika ini sudah mencecah RM248 juta.

Menerusi pendedahan yang dibuat portal Daily Mail, akaun syarikat milik Delevingne meningkat tahun lalu sekali gus menyaksikan kenaikan mendadak hasil pendapatan yang diperoleh daripada semua sumber sehingga dianggarkan pendapatan yang diterima adalah RM163,000 sehari pada tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 7:45 AM