Hadzlihady Hassan


POLIS menahan seorang wanita dan merampas dadah bernilai RM163,000 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, Georgetown, semalam.

Dalam serbuan 3.25 petang itu, wanita berusia 31 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, hasil pemeriksaan polis menemui syabu, ketamin, Eramin 5, pil esktasi dan ganja.

"Suspek yang bekerja sebagai pelayan bar baru enam bulan mengedar dadah dan kita percaya dadah terbabit diedar di pusat hiburan.

"Wanita itu kini direman selama seminggu bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 12:29 PM
Anuar (tengah) menunjukkan dadah bernilai RM163,000 yang dirampas pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. FOTO Danial Saad
Anuar (tengah) menunjukkan dadah bernilai RM163,000 yang dirampas pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut. FOTO Danial Saad